


KHATAM x M.Nasir - Sampul Raya
Memperkenalkan Set Sampul Raya Edisi Terhad (6 keping) hasil kolaborasi eksklusif
bersama Dato’ Dr. M. Nasir. Mengambil inspirasi daripada karya beliau, setiap helaian
membawa kisah dan makna yang mendalam.
Dalam lukisan yang menghiasi sampul raya ini, burung-burung melambangkan perjalanan
kehidupan—ada yang berhenti mencari alasan, ada yang terus maju tanpa ragu. Seperti
Hari Raya yang mengingatkan kita tentang perjalanan pulang, persinggahan, dan
pertemuan yang dinantikan, koleksi ini menjadi simbol harapan, impian, dan tekad untuk
terus melangkah ke hadapan.
Semoga Sampul Raya Edisi Terhad ini bukan sekadar pelengkap tradisi, tetapi turut
menghadirkan rasa dan makna, dikongsi bersama mereka yang tersayang.
Choose options


