Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Siri OG' Keaslian Gaya Baju Melayu Teluk Belanga

generasi berbeza dalam baju melayu teluk belanga

Siri OG' Keaslian Gaya Baju Melayu Teluk Belanga

generasi berbeza di dalam siri og

MENGEMBALIKAN ESTETIKA BAJU MELAYU TELUK BELANGA: BILA WARISAN BERTEMU KESELESAAN MODEN


Pakaian warisan Melayu bukan sekadar kain yang menutup tubuh; ia adalah cerminan sejarah. Setiap potongan busana Melayu dicipta dengan tujuan yang spesifik. Mengambil inspirasi daripada kegemilangan ini, Siri OG' hadir untuk menghidupkan semula siluet Baju Melayu Teluk Belanga dengan nafas baharu.

siri og
samping sepadan dengan siri og

Jika kita menelusuri sejarah abad ke-15, Tanah Melayu adalah pusat pertemuan pedagang Arab, China, dan India. Pertembungan budaya ini melahirkan Baju Teluk Belanga yang ikonik—berleher bulat dengan satu kancing, ringkas namun penuh karisma.

bebas bergerak dengan baju melayu teluk belanga

Ciri Utama Baju Melayu Teluk Belanga:

Apa yang menjadikan rekaan Baju Melayu Teluk Belanga ini ikonik adalah teknik Kekek dan Pesak.


  • Kekek: Fabrik berbentuk empat segi di bawah ketiak ini bukan hiasan semata-mata. Ia menjamin keselesaan dan menutup bahagian cantuman.
  • Pesak: Potongan tambahan yang memberikan efek longgar, memudahkan pergerakan tanpa membazirkan kain.
kekek dan pesak di dalam siri og

Tidak lengkap busana tanpa pasangannya. Siri OG' Baju Melayu Teluk Belanga memperkenalkan semula Seluar Ikat klasik—gaya praktikal nelayan dahulu—serta Seluar Moden untuk citarasa semasa. Inspirasi seluar ini juga unik, menggabungkan potongan 'Gunting Cina' dan pengaruh seluar perang Aceh yang longgar di kelangkang, membolehkan pahlawan dahulu melompat tangkas ketika bertempur.

seluar ikat gunting aceh
seluar ikat gunting acheh

Material OG' Baju Melayu Teluk Belanga




Jenis kain baju Melayu yang mempunyai pengudaraan yang baik dan sifat menyerap peluh, menjadikannya pilihan yang selesa untuk cuaca panas di Malaysia. Untuk Siri OG’, kain jenis rayon campuran yang lembut dan selesa menjadi pilihan. Kain ini sangat bernafas, membolehkan udara mengalir dengan baik melalui fabrik serta memastikan pemakainya kekal sejuk dalam cuaca panas.

baju melayu teluk belanga berpesak

Hari ini, Siri OG' Baju Melayu Teluk Belanga bukan sekadar pakaian. Ia adalah simbol identiti Melayu yang tidak lapuk dek hujan, menawarkan keselesaan warisan untuk lelaki moden yang menghargai asal-usulnya.

tiga generasi bersama siri og

Rujukan:

1. Buku Pakaian Alam Melayu (Johan Iskandar, 2004)

2. Kisah Orang Acheh di Malaysia

3. Perkembangan dan Evolusi Pakaian Alam Melayu (Unimap,2020)

4.Baju Melayu Teluk Belanga Tradisional Warisan Budaya (Wawan Tailor,2024)

Blog posts

rumah limas johor

Cerita Lokal - Rumah Limas, Johor

PRESERVING RUMAH LIMAS LAGECY: THE STORY OF ELIAS ROBANI From a small workshop in Muar to be...

Read more
tunjuk langit terengganu

Cerita Lokal - Tunjuk Langit, Terengganu

PRESERVING SYMBOL & STUCTURE: HAFIY NAJMI'S DEDICATION TO TUNJUK LANGIT The Origins of Tunjuk Langit In Kampung Tit...

Read more
Cerita Lokal - Labu Sayong, Perak

Cerita Lokal - Labu Sayong, Perak

Labu Sayong Through Generations: Hanis’ Journey to Preserve Tradition.    Nur Hanis binti Muhammad Nasir, a second-generation entrepreneur leading Kraft Hanis Labu Sayong in Kuala Kangsar, is on a...

Read more